Tuesday, February 23, 2021

𝔸𝕃𝔸𝕋 π•„π•Œβ„€π•€π•‚ 𝕋𝔸ℝ𝕀𝔸ℕ π•Šπ•Œπ•„π”Έβ„€π”Έπ•Œ

 

Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa.

Paluan gong juga berbeza mengikut etnik. 







𝔾𝔼ℝ𝔸𝕂𝕋𝔸ℝ𝕀 𝕋𝔸ℝ𝕀𝔸ℕ π•Šπ•Œπ•„π”Έβ„€π”Έπ•Œ

 Tarian sumazau/sumayau berbeza-beza mengikut etnik. Paluan gong juga berbeza mengikut etnik. 

Jumlah penari bagi Tarian Sumazau tidak ditetapkan tetapi mestilah secara berpasangan. Lebih ramai penari adalah lebih meriah. 

Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu, bergantung dari mana sukun kaum kadazandusun ini berasal. 

Ketika menari tangan didepakan keluar, seolah-olah sedang terbang tetapi dihinjutkan pergelangan tangan. Situasi ini juga boleh berbeza-beza mengikut daerah.Kadang kala ketika menari penari boleh setakat menghayun-hayun atau melimbai-limbai tangan.




Tarian Sumazau yang dipersembahkan di atas pentas

ℙ𝔸𝕂𝔸𝕀𝔸ℕ ℙ𝔼ℕ𝔸ℝ𝕀 π•Šπ•Œπ•„π”Έβ„€π”Έπ•Œ


Penari bagi Tarian Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan mempunyai pakaian khas yang harus dipakai ketika mempersembahkan tarian ini. Mereka akan memakai pakaian tradisional mereka sebagaimana yang dapat kita lihat tatkala mereka merikan Hari Penuaian atau Tadau Kaamatan. 

Pera penari biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas.

Penari lelaki biasanya akan memakai tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyangkutkan daun silad kering dipinggang sebagai pengganti padi.






Penari lelaki biasanya akan memakai tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyangkutkan daun silad kering dipinggang sebagai pengganti padi. 


Penari perempuan pula  dihiasi dengan selendang serta talipinggang (hinogot) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars) dan set tangkong yang diperbuat daripada tembaga.

ℙ𝔼ℕ𝔾𝔼ℕ𝔸𝕃𝔸ℕ: 𝕄𝔸ℝ𝕀 𝕂𝔼ℕ𝔸𝕃𝕀 𝔸ℙ𝔸 π•€π•‹π•Œ 𝕋𝔸ℝ𝕀𝔸ℕ π•Šπ•Œπ•„π”Έβ„€π”Έπ•Œ

Adakah anda tahu apa itu Tarian Sumazau?

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan atau pada perayaan selain Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Hujung bulan Mei dipilih berdasarkan kepada secara tradisinya pada masa dahulu, penanaman padi hanya berlaku sekali setahun. Apabila selesai menuai padi, selalunya sebelum penghujung bulan Mei.


Tarian sumazau dalam bahasa Kadazan , dan sumayau dalam bahasa Dusun. Sumayau dalam bahasa dusun bermaksud menari, dapat dikaitkan dengan perkataan minsayau, bermaksud melompat-lompat. 


Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit

 

Tarian Sumazau ini seolah-olah menunjukkan bahawa petani sedang menghalau burung daripada memakan hasil tanaman padi mereka. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan. 




Gambar menunjukkan segelintir kaum Kadazandusun yang sedang meraikan Tadau Kaamatan, sambil memakai pakaian tradisional mereka yang juga dipakai ketika mempersembahkan Tarian Sumazau. 

Tarian Sumazau selalunya akan dipersembahkan ketika perayaan ini berlansung bagi menunjukkan rasa kesyukuran di atas hasil penuaian.