Tuesday, February 23, 2021

ℙ𝔼ℕ𝔾𝔼ℕ𝔸𝕃𝔸ℕ: 𝕄𝔸ℝ𝕀 𝕂𝔼ℕ𝔸𝕃𝕀 𝔸ℙ𝔸 π•€π•‹π•Œ 𝕋𝔸ℝ𝕀𝔸ℕ π•Šπ•Œπ•„π”Έβ„€π”Έπ•Œ

Adakah anda tahu apa itu Tarian Sumazau?

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan atau pada perayaan selain Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Hujung bulan Mei dipilih berdasarkan kepada secara tradisinya pada masa dahulu, penanaman padi hanya berlaku sekali setahun. Apabila selesai menuai padi, selalunya sebelum penghujung bulan Mei.


Tarian sumazau dalam bahasa Kadazan , dan sumayau dalam bahasa Dusun. Sumayau dalam bahasa dusun bermaksud menari, dapat dikaitkan dengan perkataan minsayau, bermaksud melompat-lompat. 


Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit

 

Tarian Sumazau ini seolah-olah menunjukkan bahawa petani sedang menghalau burung daripada memakan hasil tanaman padi mereka. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan. 




Gambar menunjukkan segelintir kaum Kadazandusun yang sedang meraikan Tadau Kaamatan, sambil memakai pakaian tradisional mereka yang juga dipakai ketika mempersembahkan Tarian Sumazau. 

Tarian Sumazau selalunya akan dipersembahkan ketika perayaan ini berlansung bagi menunjukkan rasa kesyukuran di atas hasil penuaian.


No comments:

Post a Comment